Cute Hello Kitty Kaoani Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis: September 2019
Powered By Blogger

17 September 2019

MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS


OLEH : RIDZMAN AZWANSYAH BIN RADZLAN


  • Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea.
  • Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
  • Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca yang mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
KEMAHIRAN MENSINTESIS MAKLUMAT

-Kemahiran menyusun maklumat dan membuat rumusan untuk menghasilkan idea atau hujah baharu dan kompleks daripada seorang penulis atau penyelidik itu sendiri. Antara kemahiran tersebut ialah:

(a) Memisahkan fakta daripada pendapat

(b) Membuat inferens atau kesimpulan logik (daripada fakta)
(c) Mengenal pasti dan menilai maklumat untuk disesuaikan dengan hujah yang sedang dibangunkan

LANGKAH-LANGKAH MENSINTESIS MAKLUMAT



  • Membuat sumbang saran mengenai topik tersebut (Sumbang Saran)
  • Membaca bahan yang berkaitan (Baca Semua Bahan Yang Berkaitan)
  • Membuat catatan pada perkara utama daripada bahan ini. Ingatlah untuk selalu menggunakan pendapat sendiri serta merujuk idea-idea dan pendapat orang lain (Membuat Nota)
  • Membuat ringkasan untuk setiap teks (Meringkaskan Maklumat)
  • Mengenal pasti idea-idea umum dan perbezaan antara satu teks dengan teks yang lain (Mengenal Pasti Idea-Idea Biasa)
  • Berdasarkan semua maklumat ini, susun dan tulis teks baharu (Sintesis)

PENYEDIAAN LAPORAN BERTULIS



Tujuan - menyampaikan maklumat yang telah disusun sebagai hasil penyelidikan yang melibatkan analisis data dan isu.
  • merangkumi pelbagai topik, tetapi biasaya tertumpu kepada sesuatu maklumat dengan tujuan yang jelas kepada khalayak tertentu.
  • dokumen yang tepat, objektif dan lengkap yang perlu ditulis dengan baik, jelas, berstruktur serta mampu menarik perhatian pembaca untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu kajian.
  • disusun dengan cara yang menunjukkan proses pencarian maklumat dan penulisan penemuan kajian, iaitu ringkasan kandungan, pengenalan atau latar belakang kaedah, hasil, perbincangan, kesimpulan dan cadangan.
  • Cadangan adalah penting - saranan maklumat yang berguna untuk membuat keputusan. 

Skop dan gaya laporan berbeza-beza bergantung kepada tiga faktor
utama, iaitu:

(a) Kumpulan sasaran untuk laporan tersebut
(b) Tujuan laporan
(c) Jenis maklumat yang hendak disampaikan

Tujuan Laporan

Sesuatu laporan yang ditulis adalah bergantung pada tujuannya. Berikut
diberikan beberapa contoh tujuan laporan dibuat:

(a) Membuat cadangan penyelesaian terhadap sesuatu perkara
(b) Mengenal pasti sesuatu permasalahan atau isu
(c) Penilaian terhadap sesuatu penyelidikan atau aktiviti
(d) Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi sesuatu masalah
(e) Memberikan maklumat dan fakta

Prinsip-prinsip Menulis Laporan

Penulisan laporan projek yang baik adalah penting agar tujuannya jelas dan bermakna. Prinsip-prinsip asas berikut boleh dijadikan panduan oleh mengkaji semasa membuat penulisan laporan.

(a) Tulis untuk kumpulan sasaran/pembaca
Penulis tidak membuat laporan untuk diri sendiri. Gunakan konsep dan terminologi yang difahami oleh pembaca.

(b) Laporan yang berstruktur
Semua laporan harus mempunyai persamaan bentuk supaya pembaca dapat mengenal pasti bahagian yang berkaitan dan dengan cepat merujuk kembali apabila diperlukan.

(c) Sokongan data
Laporan projek yang baik mempunyai banyak data sokongan. Carta dan statistik tepat menjadi satu kemestian jika laporan tersebut mempunyai tahap kredibiliti apabila dibentangkan kepada seseorang.

(d) Fakta yang berasingan daripada pendapat
Pendapat adalah subjektif dan tidak boleh dibentangkan sebagai mutlak. Laporan itu harus dibuat daripada pandangan atau keutamaan peribadi kecuali perlu. Jika pendapat diperlukan, pastikan telah dikenal pasti dengan jelas.

Cara-cara Menulis Laporan

Tiada cara yang khusus.
Keutamaan - menyampaikan maklumat yang betul, jelas dan berkesan. 

Caranya bergantung pada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan. Antara cara penyediaan laporan:

(a) Tentukan terma rujukan
(b) Tentukan prosedur
(c) Cari maklumat
(d) Tentukan struktur
(e) Rancang bahagian pertama laporan
(f) Menganalisis penemuan dan membuat kesimpulan
(g) Rancang ringkasan eksekutif dan jadual kandungan
(h) Buat cadangan


RUMUSAN



  • Pemprosesan maklumat - keupayaan untuk mencari, menilai, menyusun, menggunakan dan menyampaikan maklumat dalam pelbagai format yang akan digunakan untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau memperoleh pengetahuan.
  • Maklumat yang dikumpulkan - dianalisis untuk menghubung kait dengan fakta, mensintesiskan maklumat, membaca maklumat tersirat serta membuat kesimpulan.
  • Sintesis - proses menggabungkan pelbagai idea penyelidikan dengan idea-idea orang lain untuk menghasilkan idea-idea baharu dan bersepadu. 
  • Laporan - digunakan untuk menyampaikan maklumat yang telah disusun sebagai hasil penyelidikan dan analisis data dan isu.



PENGANALISISAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL


PENGANALISISAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
OLEH: NUR ANIS BINTI CHE AZIZ
1.0 Pengenalan

Kemahiran memproses maklumat ialah keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang diperoleh. Kemahiran ini juga merupakan peringkat untuk menguji kemampuan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea  serta mentafsir dan membuat kesimpulan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Secara amnya, penguasaan yang mantap oleh para pelajar dalam kemahiran ini membolehkan mereka mengenalpasti nilai maklumat tersebut dan menggunakannya untuk melaksanakan tugasan profesional dan akademik. Malah, kemahiran ini menjadi suatu kemaslahatan oleh para pelajar kerana ia  turut melibatkan proses pembelajaran sepanjang hayat.

2.0 Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul

Menganalisis maklumat merupakan suatu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil. Analisis maklumat ini seharusnya dijalankan dengan menggunakan lebih daripada 3 data. Proses analisis ini dipermudahkan dengan wujudnya persembahan data kualitatif dan kuantitatif secara grafik. Dengan ini, pola dan kategori, persamaan serta anggaran terhadap data dapat dibuat dengan jayanya. Maklumat yang diproses ini perlu dianalisis supaya kesimpulan yang jelas dan tepat dapat dihasilkan.

  Tujuan menganalisis data:

Ø  Menghubungkaitkan fakta
Ø  Mensintesis data
Ø  Membandingkan fakta
Ø  Membaca yang tersirat
Ø  Membuat kesimpulan

2.1 Kategori Maklumat

1. Maklumat Kuantitatif
Maklumat ini berbentuk data bernombor yang boleh dianalisis dengan pelbagai kaedah seperti:

Ø  Jadual
Susunan data kuantitatif teratur dalam lajur dan baris. Data ini juga dikenali sebagai matriks.

Masalah Yang Dihadapi
Bilangan
1) Pencemaran udara
7
2) Keselamatan penumpang
6
3) Masa menunggu lama
5
4) Tambang mahal
3
5) Kenderaan lama dan usang
2
Jumlah
24
Jadual 2.0 Masalah-masalah Pengangkutan

Ø  Graf lengkung
Digunakan untuk menunjukkan perubahan dari semasa ke semasa iaitu titik data disambungkan antara satu sama lain.




Ø  Graf bar
Nombor yang dipertimbangkan adalah bebas antara satu sama lain.

Ø  Carta pai
Grafik ini digunakan untuk menunjukkan pembahagian data-data dari keseluruhan.

Ø  Piktograf
Pembentangan visual data menggunakan ikon, gambar, simbol dan lain-lain.

2. Maklumat Kualitatif
Maklumat ini juga dikenali sebagai maklumat deskriptif iaitu data bukan berangka yang boleh didapati daripada temubual responden atau dokumen data yang dianalisis  berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.
Contoh:
Lakaran


Teks


                      
                                                                                                
2.2 Kemahiran Menganalisis Secara Kritis 

(A) Menganalisis Idea
Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:

Ø  Mengelas
Ø  Membanding dan membeza
Ø  Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
Ø  Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah

Ø  Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
Ø  Mencari sebab dan kesimpulan
Ø  Mengusul periksa andaian
Ø  Membuat urutan
Ø  Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan kriteria yang bermakna.
Ø  Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organisma, idea, atau institusi.


Jenis-jenis Urutan

Urutan abjad - contoh : Senarai nama
Urutan masa - contoh : Kesultanan Melaka
Analisis operasi - contoh : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
Rangkaian sebab - contoh : Kepupusan Dinosaur
Kitar - contoh : Kitar Oksigen
Pangkatan - contoh : Rancangan kerja mengikut keutamaan

2.3 Langkah-langkah Menganalisis Maklumat

Langkah 1: Menetapkan maklumat
Langkah 2: Menetapkan keutamaan untuk pengukuran
Langkah 3: Mengumpulkan data
Langkah 4: Membersihkan data
Langkah 5: Menganalisis data
Langkah 6: Tafsiran keputusan


Kesimpulan

Analisis dan penjelasan idea dapat menyebabkan pemahaman yang lebih mendalam
Walaupun pemahaman secara tersendiri bukan merupakan pemikiran yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu pemahaman yang mahir dalam diri seseorang pelajar supaya dapat melatih pemikiran yang kritis dan inovatif.


Rujukan:









PENTAFSIRAN MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN
DARIPADA : NURUL IZZATI BINTI ZAINOL

6.2 PENTAFSIRAN MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN

Pentafsiran maklumat memerlukan kebolehan dalam memberikan penjelasan terhadap sesuatu objek, fenomena, atau pola. Penjelasan tersebut mestilah rasional dan dibuat berdasarkan maklumat yang dikumpulkan. Analisis maklumat bagi data kuantitif dan kualitatif hanya boleh membantu pelajar untuk merumuskan serta mengenal pasti penemuan utama dan proses mentafsir keputusan masih perlu dilakukan untuk membuat kesimpulan. (Wong Kiet Wah, 2019)

Apakah tujuan, ciri-ciri prinsip pentafsiran maklumat ? Lihat slaid dibawah :







Cara mentafsir maklumat :



Pelajar perlulah memberi perhatian terhadap maklumat yang ingin disampaikan dalam sesuatu teks. Oleh itu dapatlah pelajar mentafsir maklumat qdari teks tersebut. cara mentafsir maklumat terbahagi kepada dua perkara iaitu mentafsir teks dan mentafsir bahan bukan teks.

Mentafsir teks :
Teks boleh didefinisikan sebagai buku, esei, wawancara, perbincangan, tajuk berita dan artikel akhbar, dokumen sejarah. Ucapan, perbualan, pengiklanan, teater atau perbualan tidak rasmi. (Wong Kiet Wah, 2019)





Mentafsir Bahan Bukan Teks.
Ramai yang tidak mengetahui, dengan memasukkan bahan bukan teks, satu satu maklumat akan menjadi dengan lebih jelas. Unsur bukan teks merujuk kepada alat yang berguna untuk merumuskan maklumat. Bahan ini digunakan apabila pelajar mempunyai banyak data untuk dipaparkan contohnya carta alir, lakaran, foto, ilustrasi, peta dan sebagainya. (Wong Kiet Wah, 2019)
Penggunaan bahan bukan teks ini membantu pelajar mempersembahkan maklumat yang besar dalam bentuk yang lebih mudah difahami atau secara ringkas. Dengan itu, maklumat tersebut akan menjadi lebih teratur tanpa memecahkan aliran naratif penulisan. Bahan bkan teks juga boleh digunakan sebagai rujukan pantas kerana ia menyerlahkan topik-topik penting yang terdapat di dalam teks. Hal ini jelas menunjukkan bahan bukan teks dapat memudahkan proses pembacaan dan pengkajian.


CARA MEMBUAT KESIMPULAN


Apabila selesai proses analisis maklumat, satu kesimpulan haruslah dibuat untuk memberi pandangan terhadap maklumat yang diterima. Kesimpulan ini perlulah dibuat dengan melakukan penaakulan yang induktif iaitu dengan melihat fakta. Kesimpulan ini tidak semestinya perlu sama dengan setiap orang kerana ia melibatkan pandangan seseorang terhadap sesuatu fakta, tujuan atau cara penyelesaian kepada sesuatu masalah. Hal ini bertepatan dengan maksud kesimpulan iaitu merujuk kepada penyelesaian kepada persoalan kajian.