Cute Hello Kitty Kaoani Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis: PENGANALISISAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Powered By Blogger

17 September 2019

PENGANALISISAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL


PENGANALISISAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
OLEH: NUR ANIS BINTI CHE AZIZ
1.0 Pengenalan

Kemahiran memproses maklumat ialah keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang diperoleh. Kemahiran ini juga merupakan peringkat untuk menguji kemampuan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantum idea-idea  serta mentafsir dan membuat kesimpulan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Secara amnya, penguasaan yang mantap oleh para pelajar dalam kemahiran ini membolehkan mereka mengenalpasti nilai maklumat tersebut dan menggunakannya untuk melaksanakan tugasan profesional dan akademik. Malah, kemahiran ini menjadi suatu kemaslahatan oleh para pelajar kerana ia  turut melibatkan proses pembelajaran sepanjang hayat.

2.0 Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul

Menganalisis maklumat merupakan suatu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil. Analisis maklumat ini seharusnya dijalankan dengan menggunakan lebih daripada 3 data. Proses analisis ini dipermudahkan dengan wujudnya persembahan data kualitatif dan kuantitatif secara grafik. Dengan ini, pola dan kategori, persamaan serta anggaran terhadap data dapat dibuat dengan jayanya. Maklumat yang diproses ini perlu dianalisis supaya kesimpulan yang jelas dan tepat dapat dihasilkan.

  Tujuan menganalisis data:

Ø  Menghubungkaitkan fakta
Ø  Mensintesis data
Ø  Membandingkan fakta
Ø  Membaca yang tersirat
Ø  Membuat kesimpulan

2.1 Kategori Maklumat

1. Maklumat Kuantitatif
Maklumat ini berbentuk data bernombor yang boleh dianalisis dengan pelbagai kaedah seperti:

Ø  Jadual
Susunan data kuantitatif teratur dalam lajur dan baris. Data ini juga dikenali sebagai matriks.

Masalah Yang Dihadapi
Bilangan
1) Pencemaran udara
7
2) Keselamatan penumpang
6
3) Masa menunggu lama
5
4) Tambang mahal
3
5) Kenderaan lama dan usang
2
Jumlah
24
Jadual 2.0 Masalah-masalah Pengangkutan

Ø  Graf lengkung
Digunakan untuk menunjukkan perubahan dari semasa ke semasa iaitu titik data disambungkan antara satu sama lain.




Ø  Graf bar
Nombor yang dipertimbangkan adalah bebas antara satu sama lain.

Ø  Carta pai
Grafik ini digunakan untuk menunjukkan pembahagian data-data dari keseluruhan.

Ø  Piktograf
Pembentangan visual data menggunakan ikon, gambar, simbol dan lain-lain.

2. Maklumat Kualitatif
Maklumat ini juga dikenali sebagai maklumat deskriptif iaitu data bukan berangka yang boleh didapati daripada temubual responden atau dokumen data yang dianalisis  berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.
Contoh:
Lakaran


Teks


                      
                                                                                                
2.2 Kemahiran Menganalisis Secara Kritis 

(A) Menganalisis Idea
Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:

Ø  Mengelas
Ø  Membanding dan membeza
Ø  Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
Ø  Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah

Ø  Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
Ø  Mencari sebab dan kesimpulan
Ø  Mengusul periksa andaian
Ø  Membuat urutan
Ø  Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan kriteria yang bermakna.
Ø  Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organisma, idea, atau institusi.


Jenis-jenis Urutan

Urutan abjad - contoh : Senarai nama
Urutan masa - contoh : Kesultanan Melaka
Analisis operasi - contoh : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
Rangkaian sebab - contoh : Kepupusan Dinosaur
Kitar - contoh : Kitar Oksigen
Pangkatan - contoh : Rancangan kerja mengikut keutamaan

2.3 Langkah-langkah Menganalisis Maklumat

Langkah 1: Menetapkan maklumat
Langkah 2: Menetapkan keutamaan untuk pengukuran
Langkah 3: Mengumpulkan data
Langkah 4: Membersihkan data
Langkah 5: Menganalisis data
Langkah 6: Tafsiran keputusan


Kesimpulan

Analisis dan penjelasan idea dapat menyebabkan pemahaman yang lebih mendalam
Walaupun pemahaman secara tersendiri bukan merupakan pemikiran yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu pemahaman yang mahir dalam diri seseorang pelajar supaya dapat melatih pemikiran yang kritis dan inovatif.


Rujukan:







No comments:

Post a Comment