Cute Hello Kitty Kaoani Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis
Powered By Blogger

17 September 2019

MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS


OLEH : RIDZMAN AZWANSYAH BIN RADZLAN


  • Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea.
  • Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
  • Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca yang mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
KEMAHIRAN MENSINTESIS MAKLUMAT

-Kemahiran menyusun maklumat dan membuat rumusan untuk menghasilkan idea atau hujah baharu dan kompleks daripada seorang penulis atau penyelidik itu sendiri. Antara kemahiran tersebut ialah:

(a) Memisahkan fakta daripada pendapat

(b) Membuat inferens atau kesimpulan logik (daripada fakta)
(c) Mengenal pasti dan menilai maklumat untuk disesuaikan dengan hujah yang sedang dibangunkan

LANGKAH-LANGKAH MENSINTESIS MAKLUMAT



  • Membuat sumbang saran mengenai topik tersebut (Sumbang Saran)
  • Membaca bahan yang berkaitan (Baca Semua Bahan Yang Berkaitan)
  • Membuat catatan pada perkara utama daripada bahan ini. Ingatlah untuk selalu menggunakan pendapat sendiri serta merujuk idea-idea dan pendapat orang lain (Membuat Nota)
  • Membuat ringkasan untuk setiap teks (Meringkaskan Maklumat)
  • Mengenal pasti idea-idea umum dan perbezaan antara satu teks dengan teks yang lain (Mengenal Pasti Idea-Idea Biasa)
  • Berdasarkan semua maklumat ini, susun dan tulis teks baharu (Sintesis)

PENYEDIAAN LAPORAN BERTULIS



Tujuan - menyampaikan maklumat yang telah disusun sebagai hasil penyelidikan yang melibatkan analisis data dan isu.
  • merangkumi pelbagai topik, tetapi biasaya tertumpu kepada sesuatu maklumat dengan tujuan yang jelas kepada khalayak tertentu.
  • dokumen yang tepat, objektif dan lengkap yang perlu ditulis dengan baik, jelas, berstruktur serta mampu menarik perhatian pembaca untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu kajian.
  • disusun dengan cara yang menunjukkan proses pencarian maklumat dan penulisan penemuan kajian, iaitu ringkasan kandungan, pengenalan atau latar belakang kaedah, hasil, perbincangan, kesimpulan dan cadangan.
  • Cadangan adalah penting - saranan maklumat yang berguna untuk membuat keputusan. 

Skop dan gaya laporan berbeza-beza bergantung kepada tiga faktor
utama, iaitu:

(a) Kumpulan sasaran untuk laporan tersebut
(b) Tujuan laporan
(c) Jenis maklumat yang hendak disampaikan

Tujuan Laporan

Sesuatu laporan yang ditulis adalah bergantung pada tujuannya. Berikut
diberikan beberapa contoh tujuan laporan dibuat:

(a) Membuat cadangan penyelesaian terhadap sesuatu perkara
(b) Mengenal pasti sesuatu permasalahan atau isu
(c) Penilaian terhadap sesuatu penyelidikan atau aktiviti
(d) Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi sesuatu masalah
(e) Memberikan maklumat dan fakta

Prinsip-prinsip Menulis Laporan

Penulisan laporan projek yang baik adalah penting agar tujuannya jelas dan bermakna. Prinsip-prinsip asas berikut boleh dijadikan panduan oleh mengkaji semasa membuat penulisan laporan.

(a) Tulis untuk kumpulan sasaran/pembaca
Penulis tidak membuat laporan untuk diri sendiri. Gunakan konsep dan terminologi yang difahami oleh pembaca.

(b) Laporan yang berstruktur
Semua laporan harus mempunyai persamaan bentuk supaya pembaca dapat mengenal pasti bahagian yang berkaitan dan dengan cepat merujuk kembali apabila diperlukan.

(c) Sokongan data
Laporan projek yang baik mempunyai banyak data sokongan. Carta dan statistik tepat menjadi satu kemestian jika laporan tersebut mempunyai tahap kredibiliti apabila dibentangkan kepada seseorang.

(d) Fakta yang berasingan daripada pendapat
Pendapat adalah subjektif dan tidak boleh dibentangkan sebagai mutlak. Laporan itu harus dibuat daripada pandangan atau keutamaan peribadi kecuali perlu. Jika pendapat diperlukan, pastikan telah dikenal pasti dengan jelas.

Cara-cara Menulis Laporan

Tiada cara yang khusus.
Keutamaan - menyampaikan maklumat yang betul, jelas dan berkesan. 

Caranya bergantung pada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan. Antara cara penyediaan laporan:

(a) Tentukan terma rujukan
(b) Tentukan prosedur
(c) Cari maklumat
(d) Tentukan struktur
(e) Rancang bahagian pertama laporan
(f) Menganalisis penemuan dan membuat kesimpulan
(g) Rancang ringkasan eksekutif dan jadual kandungan
(h) Buat cadangan


RUMUSAN



  • Pemprosesan maklumat - keupayaan untuk mencari, menilai, menyusun, menggunakan dan menyampaikan maklumat dalam pelbagai format yang akan digunakan untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau memperoleh pengetahuan.
  • Maklumat yang dikumpulkan - dianalisis untuk menghubung kait dengan fakta, mensintesiskan maklumat, membaca maklumat tersirat serta membuat kesimpulan.
  • Sintesis - proses menggabungkan pelbagai idea penyelidikan dengan idea-idea orang lain untuk menghasilkan idea-idea baharu dan bersepadu. 
  • Laporan - digunakan untuk menyampaikan maklumat yang telah disusun sebagai hasil penyelidikan dan analisis data dan isu.



No comments:

Post a Comment