PENTAFSIRAN MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN
DARIPADA : NURUL IZZATI BINTI ZAINOL
6.2
PENTAFSIRAN MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN
Pentafsiran
maklumat memerlukan kebolehan dalam memberikan penjelasan terhadap sesuatu
objek, fenomena, atau pola. Penjelasan tersebut mestilah rasional dan dibuat
berdasarkan maklumat yang dikumpulkan. Analisis maklumat bagi data kuantitif
dan kualitatif hanya boleh membantu pelajar untuk merumuskan serta mengenal
pasti penemuan utama dan proses mentafsir keputusan masih perlu dilakukan untuk
membuat kesimpulan. (Wong Kiet Wah, 2019)
Apakah
tujuan, ciri-ciri prinsip pentafsiran maklumat ? Lihat slaid dibawah :
Pelajar
perlulah memberi perhatian terhadap maklumat yang ingin disampaikan dalam
sesuatu teks. Oleh itu dapatlah pelajar mentafsir maklumat qdari teks tersebut.
cara mentafsir maklumat terbahagi kepada dua perkara iaitu mentafsir teks dan
mentafsir bahan bukan teks.
Mentafsir
teks :
Teks
boleh didefinisikan sebagai buku, esei, wawancara, perbincangan, tajuk berita
dan artikel akhbar, dokumen sejarah. Ucapan, perbualan, pengiklanan, teater
atau perbualan tidak rasmi. (Wong Kiet Wah, 2019)
Mentafsir
Bahan Bukan Teks.
Ramai
yang tidak mengetahui, dengan memasukkan bahan bukan teks, satu satu maklumat
akan menjadi dengan lebih jelas. Unsur bukan teks merujuk kepada alat yang
berguna untuk merumuskan maklumat. Bahan ini digunakan apabila pelajar
mempunyai banyak data untuk dipaparkan contohnya carta alir, lakaran, foto,
ilustrasi, peta dan sebagainya. (Wong Kiet Wah, 2019)
Penggunaan
bahan bukan teks ini membantu pelajar mempersembahkan maklumat yang besar dalam
bentuk yang lebih mudah difahami atau secara ringkas. Dengan itu, maklumat
tersebut akan menjadi lebih teratur tanpa memecahkan aliran naratif penulisan. Bahan
bkan teks juga boleh digunakan sebagai rujukan pantas kerana ia menyerlahkan
topik-topik penting yang terdapat di dalam teks. Hal ini jelas menunjukkan
bahan bukan teks dapat memudahkan proses pembacaan dan pengkajian.
CARA
MEMBUAT KESIMPULAN
Apabila
selesai proses analisis maklumat, satu kesimpulan haruslah dibuat untuk memberi
pandangan terhadap maklumat yang diterima. Kesimpulan ini perlulah dibuat
dengan melakukan penaakulan yang induktif iaitu dengan melihat fakta.
Kesimpulan ini tidak semestinya perlu sama dengan setiap orang kerana ia
melibatkan pandangan seseorang terhadap sesuatu fakta, tujuan atau cara
penyelesaian kepada sesuatu masalah. Hal ini bertepatan dengan maksud
kesimpulan iaitu merujuk kepada penyelesaian kepada persoalan kajian.





No comments:
Post a Comment